Sedangku membaca wajahmu Senyumanmu menggambarkan sesuatu Jika kau fahami isi hatiku Ku tak ingin waktu henti tanpamu Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Andai kau dapat memahami Bahawa ku menangung semua ini Bukan niatku ingin kau pergi kerna ku masih terhenti di sini Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Read more: http://lirik-lagu.info/asfan/lirik-terhenti-di-sini-asfan/#ixzz1jR2Bpz2F

My Geng

Ramai Selebriti AS Menangis Lihat Video Romantik Blogger Malaysia

Siapa yang tak kenal lagi dengan nama Timothy Tiah?
ok..meh aku kenalkan.
Dia merupakan salah seoraang kepada perintis nuffnang.
Cara dia melamar teman wanita dia telah menarik minat seluruh dunia.
Malah selebriti di US menyifatkan video beliau patut dicontohi oleh pasangan-pasangan yg sedang bercinta sekarang.
Ape yg seronoknya video ni yek?
Jom kita tgk.

Please Comment after reading

Antara Exam dan Dunia(awek no 2?)

Salam diucapkan terlebih dahulu.
Hari ni aku akan bercerita pasal exam aku.
Dalam keadaan semua org busy prepare untuk final.
Apa yang aku dah buat?
Masa dah semakin suntuk.

Makin nak dekat exam.
Makin ramai yang ajak aku berlawan dota.
haiiyaaa..
Boleh mati maaa macam ni.
Please kawan-kawan.
Jangan ajak aku berdota lagi.

Tu baru pasal dota.
Ni pasal facebook n blog plak.
erm...
Tak tau nak cakap.
Memang susah nak putus dgn awek aku no2 yg bernama BLOG ni.
Sayang sgt kat die.
huhuhu
Rasa kelakar lah plak.

Sebelum aku membebel banyak2..
Jom tgk jadual exam aku.
Agak menyeramkan....
SCCA2033 MEDIA DAN MASYARAKAT  04/01/2012  02:30 PM
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI  08/01/2012  08:30 PM 
STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN  09/01/2012  09:00 AM 
SCCA1013 PENGANTAR KOMUNIKASI  13/01/2012 08:30 PM 
SCCA2023 KOMUNIKASI KEMANUSIAAN  19/01/2012  09:00 AM

Yang membuat aku jadi sakit hati.
Kenapa mesti aku setiap semester
yang kena tutup pintu pagar UUM.
Adei..
Please lah..
Bagi lah peluang kami untuk pulang awal.
So sad...

Apa-apa pun kepada rakan-rakan aku yang akan
berjuang pada final exam sem ni.
Aku doakan yang terbaik untuk korang.
Do de best ok sebab korang memang best.
Study hard.!!
Chaiyok3!!


Please Comment after reading

BIRTHDAY GIVEAWAY!!!!



* Giveaway nie dibuat semperna besday zai 6dec lepas.
*Syarat2:
*Jadi followers blog ZaiKuLiM dan juga
sponsor1:
Tupperwarewithlove
* wajib like http://www.facebook.com/pages/Tupperware-With-Love/138914742840955*
Dan hadiahnyer:


sponsor2:
*Dan hadiahnyer:

sponsor3:
Tupperware Promotion With The Lowest Price Ever!!




sponsor4:
http://nurdantupperware.blogspot.com/
* wajib like http://www.facebook.com/pages/Nur-Tupperware/134113553339197
*Dan hadiahnyer:
- go green bag tupperware 1 unit
- handmade 2012 planner 1 unit


sponsor5:
http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/


*Dan hadiahnyer:


sponsor6&7:

*Dan hadiahnyer:
Akan diupdate nanti!!!

Wajib letak link sponsor kat entry dan banner kat side bar masing-masing.
* Tag kawan-kawan yang nak sertai
* Tinggalkan link di ruangan comment supaya senang zai nak semak..



* GA berlangsung dari 8dec-31 dec 2011..

* Cabutan akan dibuat bagi menentukan 5 orang pemenang.Hadiah akan diupdate.
* jom join ramai2!





Saya telah ditag oleh Kak Mia. Sebab itulah saya join GA ni.
Saja join-join untuk support program-program yang kawan di blog buat.
Kalau bukan kita yang support.
Siapa lagi nak buat.
Selain tu saya juga nak tag Kak Yong untuk join.
ni entry giveaway
 
http://zaiikulim.blogspot.com/2011/12/birthday-giveaway.html
=)


Please Comment after reading

5 Fakta Tentang Diri Saya (Segmen Kak Yong)


segmen rerama berterbangan jan 2012 (kak mia)
segmen rerama berterbangan jan 2012 (kak yong)

Dua nama ni merupakan antara empunya blog yang paling aku suka lawati.
Sebab diorang sentiasa create new event.
So, tak lah rasa bosan sangat kalau berblogger ni.
Ada gak aktiviti-aktiviti yang menarik.

Segmen kali ni minta aku tulis 5 fakta tentang diriku.
hehehe...
Dengar elok-elok taw.
Jangan gelak.
Ni FAKTA bukan AUTA.


YANG PERTAMA
Aku adalah anak bongsu daripada empat adik beradik.
So, tak hairan lah kalau aku ni manja dalam family aku.
huhuhuhu

YANG KEDUA
Aku merupakan seorang pelajar semester tiga BACHELOR OF COMMUNICATION.
huhuhu.
Tak hairanlah klu aku kata-kata aku ni berjaya menarik perhatian korang.

YANG KETIGA
Aku suka baca blog Kak Mia hari-hari.
hahaha..segala aktiviti yang dia buat..aku join.
(perasan..baru2 ni jelah..sebab baru kenal)

YANG KEEMPAT
Aku suka masakan kampung.
Tak suka masakan-masakan pelik2.
Sebab tu hari-hari akan rindu masakan my mum!
huhuhu


YANG KELIMA
Aku cuma akan setia pada yang seorang.
hahaha
Jiwang lah plak!

Please Comment after reading

DOTA-BLOCK D vs BLOCK C

Hari ni aku akan cerita pasal dota yang baru saja selesai tadi.
Macam biase..aku,jiwe,hassan,md nor dan jamal bergabung tenaga untuk game kali ni.
huhuhu..
(fb jiwe xdapat dikesan krna didelete ketika ini)

sebelum aku teruskan bercerita.
Mari aku kenalkan korang kat dota.
tengok entry ni ada sikit2 pasal dota.
dunia cyber game

Apa yg specialnye kami.
Kami ada stat untuk masing-masing dan tau ape kerja untuk kami buat.
Jom tengok gambar-gambar hero blok D ni.


hahaha..ni lah wajah2 yang ceria sebaik saja menerima kemenangan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada wakil2 blok C seperti jasad liar kerana sudi berlawan dengan kami.
hahaha.
(bukan senang nk ajak dia lawan)

Jangan sedih.
Jangan putus asa,
Cuba lagi next sem ok!!

Apa yg penting skang ni.
Gud Luck for urs exam!!

see ya and tQ

p/s: aku x sampai ati nak upload gmbar game tu.kesian tgk..kekekeke!!!

xlupa juga kepada tuan bilik.
Ribuan terima kasih diucapkan kerana mengizinkan kami bertandang di bilik anda!

Please Comment after reading

JANGAN TERLALU TAKSUB BERCINTA

Sebut je bercinta.
Siapa dalam dunia ni yang tak pernah bercinta zaman skang ni?
huhuhu.
Agak mustahil lah kan kalau ada yang tak pernah bercinta.
Sedangkan budak umur 8-9 tahun dah pandai nak ada couple.
Apa lagi korang yang dah besar ni.

Ramai orang kat dunia ni tahu apa tu cinta.
Ramai yang pandai sebut perkataan cinta.
Ramai yang pandai meluahkan perasaan cinta.



                        §  SIFAT CINTA
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. 
Sifat cinta itu sempurna. 
Jika tidak, cinta itu akan cacat. 
Itulah cinta sebenar.

Kalau bercinta tu biar berpada pada.
Jangan terlalu taksub sgt.
nanti korang gak mnyesal.
Jangan terlalu yakin sgt kat diri tu klu belum cukup bagus.
Aku walaupun dah 6 tahun bercinta.
Aku masih ada perasaan takut.
Tu normal bagi setiap manusia.
Tengok bila dah putus.
Baru menyesal tak sudah.
Setakat kenal 5-6bulan.
Jangan berlagak sgt ok.




Ni special untuk korang-korang yg bergelar girl.
Carilah lelaki yang ikhlas menyanyangi korang.
Jangan korang yg cari lelaki.
Macam perigi cari timba.
Bahaya macam tu.
huhuh.
Aku nak pesan
Jangan makan budi terlalu banyak sangat.
Naty lama2 tergadai body.
huhu.
Ni cuma pendapat aku.
Xada kena mngena pun dgn yg hidup atau mati.
boleh kongsi pendapat korang kat komen.

Actually aku baru bgun tido!!

.


Please Comment after reading

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com.

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011



ok kawan2..
sini ada entry baru berkaitan blog aktif.
kepada my bestie yg selalu update blog n bw..
bley lah join.
huhuhu.

korang click je link kat atas ni.
then korang akan dapat tau langkah2 untk join.
penyertaan cuma sampai 31 december ni je.
so.jgn terlepas peluang untuk jadi bloggger aktif.

Walaupun aku masih baru2 berjinak dgn blog.
tapi kita cuba2 lah join.
dun be passive person.
try support other people program.
its more usefull.
=)

Sekian.
Selamat Mencuba ok.


Please Comment after reading

SISWA DIKENAKAN HUKUMAN AKIBAT MENURUNKAN BENDERA

Selamat tgh hari kawan-kawan
Hari ni aku terbaca satu topik menarik kat berita harian.
Berkaitan siswa yang menurunkan bendera kat pwtc tempoh hari.
Korang kenal tak dia??
Ok...dia student kat UPSI.
Ape-ape pun.
Jom kita tengok gambar abg macho ni sat.


Ni lah gambar siswa yang dikatakan tu.
Ok.nama dia adalah adam adli.
Berumur 21 tahun
Kenapa UPSI nak amek tindakan tatatertib dekat dia.
Sedangkan kes ni berlaku kat luar.
Biar lah pihak berkenaan yang handle.

Lagi satu, dia datang balai polis bukan sebab nak serah diri.
Tapi dia datang sebab wat report ada polis yg nak tumbuk dia.
Aku pun pelik lah dengan politik dalam negara kita.
Kenapa ada pihak cakap Adam ni org suruhan Anwar?
erm.. Esok lusa bendera PKR kena turun.
BN pulak kena salahkan.
Lama-lama perang sama sendiri.

Yang aku tambah pelik lagi.
Institusi pengajian mamat ni pun satu.
Pelajar turun bendera UMNO.
Dia duk sibuk-sibuk.
Yang student dia kena tangkap khalwat banyak2 kali tu.
Senyap je.....
Dunia-dunia...

Bila nak berubah.
MASING-MASING ADA PENDAPAT.
MCAMANE LAK PENDAPAT KORANG?

Ni link BH untuk korang baca...

UPSI DENGAR KES TATATERTIB ADAM ADLI 9JAN.


Please Comment after reading

Please Forgive Me )=

Tatkala kita sedang seronok.
Kadang-kadang kita lupa akan diri kita yang sebenarnya.
"Kalau lembu dipegang pada talinya"
"Maka manusia pula dipegang pada janjinya"
Itu lah yang membezakan manusia dan haiwan.



"saya sayang awak sangat-sangat"
"saya janji takkan pernah kecewakan awak"

Nilah perkataan yang akan selalu kita dengar dari pasangan-pasangan kita.
Tapi apa buktinya?
Tu lah manusia. Yang buruk mudah je nampak.
Tapi kalau yang baik. Guna 10biji mata pun susah nampak.
Ni adalah lumrah kehidupan yang terpaksa kita sama-sama tempuh.

THIS IS MY LOVE STORY


Dulu awak mula-mula kenal.awak suruh saya berhenti merokok.
Tapi saya cakap tak boleh.
Tapi sebenarnya saya dah cuba.
Selama 6 tahun saya cuba berhenti merokok untuk buktikan yang saya sayang awak.
Sekarang saya dah berjaya berhenti merokok.harap awak nampak akan kesungguhan saya.

Awak suruh saya jagan marah kalau awak jujur terhadap saya. Sikit pun saya tak marah awak walaupun kadang-kadang perkara tu amat menyakitkan hati saya.
Tapi tak apalah. Demi janji saya kat awak.
Saya tak nak marah awak.
Harap awak boleh paham isi hati saya.

Awak ingt tak masa saya sakit teruk dulu masa gi laut. Hari tu saya dah janji nak datang rumah awak.
 Tiba-tiba saya demam dah rebah.
Tapi saya kuatkan hati jugak datang rumah awak dalam keadaan hujan-hujan.
Terima Kasih sebab tolong jaga saya masa tu.


Sekarang kita berjauhan.
Tapi saya berjanji akan selalu jenguk awak kat sana.
Saya tak pernah lupa untuk datang tengok awak.
Walaupun saya sibuk masa tu.
Saya cuba juga untuk tepati janji saya pada awak.

Tapi satu je yang saya rasa bersalah dan kecewa sangat.
Saya minta maaf sangat-sangat.
Bukan saya tak sudi or tak boleh menerima.
Tapi kita kena terima hakikat yang kita masih belajar.
Insyaallah, klu ada rezeki yang panjang.
Satu hari nanti saya akan jadikan awak yang halal terhadap saya.
Sama-sama kita berdoa.


Please Comment after reading

MISS U SO MUCH MY CUTE PANDA!

salam sejahtera kepada semua pembaca dan kawan-kawan aku.
cerita kali ni berkisar tentang kami ok.
huhuhu.
hope korang x kesah lah kan.
tiba-tiba je rasa rindu kat dia.
jom tgk gmbar dia.
rindu ni!




ni lah gambar yang aku tengok tiap-tiap hari,
sebab apa?
ni lah gambar background lappy aku.
huhuhu.
comel kan...




ni plak gambar masa kitorang lepak-lepak kat dataran aritu.
ni gmbar kat depan perpustakaan.
hohoho..
alahai...sejuk je hati tgk muka die.
=)


ni plak gmbar kami makan aritu.
aku lupa lah nk letak gambar ni kat enrty OUTING BERSAMA TERSAYANG.
sayang, jangan marah ok sebab masukkan gmbar ni.
sebagai bukti yg diet kamu x menjadi.
ha ha ha ha.
chumell!!



Please Comment after reading

KUCING PUN PANDAI CEMBURU LAH!

Oh kengkawan. Topik kita harini ada lah berkaitan dengan cemburu.
Apa yang aku nak jelaskan kat korang adalah berkenaan dengan pasangan yang cemburu buta.
Aku pun rasa hairan sebab ramai orang putus cinta akibat daripada cemburu buta ni.
Patut ke korang cemburu?

ha ha ha ha.
mesti lah patut.
orang bercinta ni.
Normal lah ada perasaan cemburu.
Kalau tak cemburu.
Maknanya korang ni kurang normal.

Antara lelaki dengan pompuan,mana lebih kuat cemburu?
huhuhu..
Walaupun aku seorang lelaki.
Tapi aku mengaku.
Actually, lelaki lebih kuat perasaan cemburu daripada wanita.
Buktinya?
Ramai wanita kat negara kita ni kena kongkong oleh lelaki.
Sebab?
Lelaki takut awek-awek dia or bini-bini dia kena usha dgn laki lain.
Percayalah...

Lelaki lebih kuat perasaan cemburu berbanding wanita.

Skang baru masuk pasal kucing.
he he he.
Aku ada 3 keping gambar gambar untuk korang.
Gambar 1 dan 2.
dialog nya aku sediakan.
Please korang wat dialog untuk gambar ketiga.
Harap korang bley kreatifkan diri.
=)


GAMBAR 1



Kucing 1= saya cintakan awak sangat2. Saya akan jaga awak selagi saya masih hidup

Kucing 2= ala...jangan lah cakap macam tu. Malu saya.
Kucing 3= oi kucing 4..ko tgk tu...EX ko menggatal dgn jantan lain.
Kucing 4= ko diam lah..aku tau lah apa aku nak buat.


GAMBAR 2




Kucing 1= eh sayang. Sapa plak ni. Tiba-tiba je muncul.

Kucing 2= eh...alamak..er.....xkenal lah sayang. Kawan abang ke?
Kucing 3= Erm...ulat bulu dah naik daun lah.redha je lah klu dah putus
Kucing 4= Tumpang lalu. tlg jgn buat maksiat kat sini. Sakit mata aku tgk.tunggu aku buta dulu.

GAMBAR 3



TOLONG SAMBUNG YE KAWAN2!!!
hahahaha!!!


Please Comment after reading

CINTA JARAK JAUH MEMBEBANKAN?

Macam biasa kawan. Aku memang suka mengupdate blog ni pagi-pagi buta.
hohoho. Maybe ramai lagi yang tidur masa ni.
Tajuk kita kali ni adalah cinta jarak jauh.
Hah. Ramai kot yang mengalami benda-benda macam ni.
Termasuk empunya story ni.
hahaha.
Adakah ia membebankan?
Atau anda yang bebankan diri anda.
Jom sama-sama kita discuss.




Kadang-kadang kita pun kesian tengok orang-orang yang ada nasib macamni.
Macamane Cinta Jarak Jauh ni boleh terjadi?
First mayve diorang kenal masa zaman sekolah.
(macam aku)
Then,dah besar. Dua-dua sambung belajar. Sorang diutara.Sorang di Selatan.
huh. Sedih kan kalau macamni. Apa boleh buat. Kena sabar je lah.
Yang penting hati ikhlas sebab kena belajar untuk masa depan gak.

Punca yang lagi satu ni ape plak?
hahaha.
Cuba teka?
hah...korang ni PENDING lah...
Aku rasa..sebab kenal dalam muka buku.
Maklumlah, sekarang ramai yang menggnakan muka buku sebagai tempat berkenalan.
Yang perempuannya dengan gaya yang cantik. Kalau tak cantik. Tak nak upload gambar. Yang lelakinya ala-ala Tom Cruise. Ekekekeke..

Kenapa aku cakap membebankan?
Hah. Bila hati pun dah jauh. Macam-macam boleh berlaku.
Aku ada Dua story nak share ngan korang.
Satu Nice story. Lagi satu Sad Case.


PERTAMA- aku ada sorang kawan ni. Pasangan dia tu study kat LONDON.
diorang kenal masa zaman belajar kat matrik dulu. skang umur diorang dah 24 kot.
still sampai skang. masih couple dan happy.
Rahsianya apa?
Tiap-tiap malam SKYPE.
pelik aku.
huhuhu.

KEDUA- sad case story dari kalangan kawan-kawan aku gak. Diorang kenal masa sekolah dulu. Dia putus dgn ex dia sebab nak dapat cinta baru yang ada sekarang ni.
Tapi bila dah terjadinya cinta jarak jauh. Baru die tau langit tu tingggi ke rendah.
Kena tinggalkan pulak dengan balak die. Adoi. Skang die nak kembali kepada  Ex die.
Aku nasihatkan banyak-banyak. Jangan buat macam tu. :Lagi kakalu diri tu perempuan. Kalau lelaki x apalah.
Muka tembok sikit. hehehee.
Dah ludah,jangan jilat balik.
Renung-renung kan ok.

Cara terbaik untuk jaga pasangan kita jika anda merupakan Cinta Jarak Jauh adalah dengan
cara menaip butang...lalalalal..
lol..
aku ada 5 cara yang nak share dgn korang. Harap boleh setuju tanpada ada bantahan.
Kalau nak kongsi pendapat amat di alu-alukan kepada anda semua.





SEKIAN saja celoteh aku pagi ni dalam keadaan bangun tidur lagi.
Harap dapat menmbah maklumat kat korang pagi-pagi ni.
=)

Please Comment after reading

CIGARETTES OF LOVE

Aku merupakan bekas penagih rokok yang agar tegar.
Mempunyai pengalaman merokok selama 8 tahun.
Start merokok ketika berusia 13tahun.
Apa yang menariknya story kali ni ialah
Macamane aku boleh berhenti merokok?

Erm..Ramai orang cakap nak berhenti rokok susah.
Statistik jugak menunjukkan orang menghisap dadah lebih senang berhenti daripada orang yang menghisap rokok.
Sebabnya kenapa?
Sebab rokok adalah jauh lebih murah.
Sebab rokok mempunyai peminat setianya sendiri.

Erm...Bagi aku...Macamane jalan terbaik untuk berhenti merokok?
Aku tau.,ramai yang baca blog aku skang ni adalah perempuan.
Korang adalah pendorong utama untuk menyarankan pakwe2 korang ni berhenti.

Caranya?senang.
Pilih rokok atau korang?
jangan bodoh sangat.confirm diorang takkan pilih korang.
Korang kena lah nasihat diorang hari-hari kalau betul-betul sayang.

Bagi penagih-penagih rokok yang ingin cuba berhenti.
Aku ada beberapa cara untuk korang,
Yang pertama sekali cuba kurangkan rokok.
kalau sehari korang isap sekotak.
kurangkan kepada 5-6 btg.

Yang kedua adalah dengan cara beli makanan banyak-banyak.
orang kalau dah biasa merokok ni.
Nafsu makan die bertambah kuat selepas berhenti.
kalau tak percaya korang cuba lah.


Yang ketiga.
Korang cuba jauh-jauhkan diri daripada kawan-kawan korang yang merokok tu.
Buat kerja yang berfaedah.
Tengok macam aku.
huhuhu..

KERANA BERHENTI MEROKOK LAH AKU
AKTIF BERBLOG DENGAN KORANG.

THANK YOU KEPADA MY SWEETHEART KERANA SELALU MARAH DAN MENASIHATI SAYA SUPAYA BERHENTI MEROKOK.

LOVE U SO MUCH.

KATAKAN TIDAK PADA MEROKOK.

p/s:kalau nak isap rokok.isap rokok mahal.jgn murah2.rokok murah lebih senang korang dapat sakit.kalau xmampu nak beli rokok mahal.BAIK JANGAN ISAP.
hehehe.

Please Comment after reading

OUTING BERSAMA YANG TERSAYANG

Selamat pagi kepada kawan-kawanku yang sudi membaca blog aku ni.
Tak tahulah kenapa aku suka update masa-masa macamni.
Hari ni aku nak kongsi dengan korang detik-detik bahagia kami bersama berjalan.

Disebabkan aku di UUM. Beliau di UPM. Jadi hari kami bercuti adalah berbeza.
Aku cuti jumaat dan sabtu, beliau cuti sabtu dan ahad.
Waktu amat mencemburui kami. Tambahan pula hari sabtu ni ada anak family angkat aku berkahwin.
Nak atau tak nak. Aku cuma ada masa satu hari je. Iaitu hari jumaat.
Walaupun skejap. Tapi amat bermakna buat kami.

Tempat-tempat yang kami pergi pun cuma satu je. Sebab memang tak sempat nak jalan kemana-mana.
Beliau pula sibuk ada macam-macam program.
So, Mines adalah lokasi strategik buat kami tambahan pula berhampiran dengan UPM.

Antara lokasi-lokasi yang kami terjah untuk makan adalah:
1-Mc DOnald
2-Selera Malaysia
3-KFC
4-Bistro Serdang

Sampai-sampai je terus tuju McDonald sebab kelaparan.
Babe, Im So Sorry sebab buat operasi kamu mendietkan diri terganggu.
huhuhuhu~~

Jom tengok beberapa keping gambar yang diambil oleh kami berdua.
Ni gambar berhadapan dengan kedai kasut yang aku beli.
Tu hah kasutnya aku pakai.
huhuhu.
ok lah. Selesa gak kasut ni.
Kepada Cik Wana. Sory ye sebab tak dapat masukkan gambar kasut baru anda.
hehehe.

Ni plak gambar budak kekenyangan makan KFC.
Memang tak habis makan.
So, terpaksa lah serahkan semuanya kepada yang pakar.
jangan marah huh.


Ni lah gambar my CUTE BABY!!
uish...comelnya dia kalau senyum macamni.
Belakang tu gambar pokok krismas.
Mry Krismas kpada mereka yang beragama kristian.
=)


Ni lah tempat kami berdua beradu suara.

hahaha..
Malunya aku suara xsedap.
sampai hati kamu gelakkan.
Jangan sebarkan video suara katak tu ok sayang!!



Actually banyak lagi gambar yang boleh dimasukkan.

huhuhu...malas nak upload banyak2..
cukuplah sekadar buat tatapan mata.
Disebabkan masa amat mencemburui kami.
Pudu raya sekali lagi menjadi saksi perpisahan kami buat ketika ni.
Thank you so much sayang my sweetheart...


saya memang bukan lelaki yang terbaik untukmu.

saya memang bukan lelaki yang kacak macam manusia lain.

saya tak sebaik lelaki lain.

saya memang tidak sejujur lelaki lain.
saya memang seorang yg x pandai menghargai.
Tapi satu je yang saya nak kamu tau.
Dalam dunia ni.
Kamu takkan jumpa lelaki yang boleh sayang kamu sama macam saya.
I LOVE U SO MUCH sayang!!

please jgn sia2kan hubungan kita selama ni.


BLOGku,
DIARIku,
9.15am
17 dec 2011

Please Comment after reading

DONT GIVE UP IN LOVE FRIEND

Good Morning kepada para pembaca diharini aku ucapkan terlebih dulu.
Harini kita akan bermotivasi bersama Prof Shahrul Razif
Hahaha.. Perasan lah pulak aku ni.
Harini aku nak berkongsi pendapat dengan mereka-meraka yang pernah dikecewakan.
Jangan biarkan diri tu dibelenggu dengan kenangan-kenangan yang menyakitkan tu.
Sebab benda-benda macam tu memang korang tak patut kena ingat balik.
Jadi, memang tak patut lah kalau korang cakap yang korang dah serik dalam CINTA.



Aku kadang-kadang kesian tengok kawan aku.
Ada yang dah bercouple lama. Then putus jugak akhirnya.
Ada gak awek setia. Tapi last-last cair bile kena ngurat dengan laki sambil main guitar and nyanyi untuk dia.
erm... Pelik kan dunia ni. Macam-macam ragam manusia kita dapat tengok.
Biar aku jelaskan. Perasaan yang kamu miliki adalah BENAR dan tak pernah salah.
Tapi mungkin keslahan tu datang dari diri sendiri.





Manusia yang baik adalah dijodohkan dengan pasangan yang baik.
Tapi kalau pasangan kita tu bukan jodoh kita.
mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kena banyakkan bersabar ok kawan-kawan.
Jangan ngaku kalah.
DONT BE LOSER!!
Ramai lagi manusia yang hidup di muka bumi ni.
Maybe satu hari nanti kamu akan dijodohkan dengan manusia yang terbaik untukmu.
Sama-sama lah kita berdoa ok..
Ok lah.sampai sini je aku berhujah. Ada kelas kul 8am.
tQ
BLOGku,
DIARIku,
7.40am
15 Dec 2011

Please Comment after reading

SHE IS MY TRUE LOVER

Ok kawan-kawan. Hari ni aku nak kenalkan korang kat seorang perempuan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Aku sangat menghargai kehadiran dia dalam hidup aku.

Ok, sebelum aku teruskan. Pe kata kita tengok-tengok dulu siapakah gerangan wanita ni.





Ok, nama dia Norsyazwana. Berasal dari daerah yang sama dengan aku. Kami sekelas since form 4.

Dia seorang yang baik lah. Caring sangat. Sebab tu kami kekal sampai sekarang.

Erm, bagi yang belum tau.

Biar aku beritau korang yang kami couple since 19November2006.

Tarikh ni merupakan tarikh keramat bagi kami.

Takkan kami lupakan tarikh yang menemukan kami berdua.

Ok kawan-kawan. Biar aku jelaskan gambar kat atas ni. Ni gambar masa kami form6 sama-sama. Tak sangka akan satu kelas. huhuhu.

Sebenarnya, aku rindu zaman sekolah. Masa zaman sekolah lah aku kenal dia.

Tapi cara kami kenal adalah berbeza macam korang.,

Lets me story to u all ok!!

Masa mula-mula kenal. Dia adalah wanita paling aku benci kat dalam sekolah tu. Serius, hari-hari aku akan kutuk dia walaupun depan cikgu.

Macamane aku tak geram. Budak-budak duk sibuk ngata aku syok kat die.

Bengang lah aku. So, dengan cara macamni je dapat buktikan yang aku tak suka dia.

Tapi malang tak berbau. Berkat doa cikgu-cikgu yang berharap kami akan dijodohkan termakbul.

Thank you cikgu. Doamu amat berguna buatku.

hehehee..

Akhirnya selepas hari raya 2006. Kami bermaafan dan aku luahkan perasaan yang selama ni aku pendam kat wanita secantik sepertinya..

NASIB TAK KENA REJECT.

KALAU TAK!!HABISLAH AKU KENA KUTUK!


Diam tak diam. Skang dah nak habis tahun 2011. Dah nak masuk 2012. Huh.

Lamanya kami bercinta. Macam-macam dugaan dah kami lalui.

Harap kami tetap akan tabah hadapi semua liku-liku hidup ni dengan tabah,

Amin.

Dia merupakan seorang pelajar yang pintar lah senang cakap.

Aku masa form5 ni. Buat-buat syarat je.

Sebab serius aku memang tak minat nak belajar.

Tapi dia selalu ajar dan nasihat aku. Dia tak pernah rasa jemu buat semua tu berulang-ulang kali.

Walaupun aku seorang budak yang degil. Tapi tak pernah sekali pun dia berputus asa untuk cuba ubah aku.

Akhirnya aku berjaya berada dimana semua orang nak.

Thank you so much sebab kamu tak pernah kenal erti putus asa sehingga aku berjaya!!

Sekarang kami sama-sama sedang belajar untuk mendapatkan segulung ijazah.

Aku harap, selepas kami sama-sama habis sahaja belajar.

Kami akan disatukan.

Aku berdoa banyak-banyak supaya kami akan dikekalkan sepanjang tempoh ni.

SETIAP KEJAYAAN LELAKI.ADA WANITA DISEBALIKNYA.

DAN KAMU ADALAH WANITA ITU NORSYAZWANA!!!



See You All At Next Entry



BLOGku,

DIARIku,

10.20am

14DEC2011

Please Comment after reading

Siapa Punya En. Hadiah ni?


Ok kawan-kawan. Sorry lah sebab post banyak entry kali ni. Erm..korang ingt tak pasal kek?? Kalau sape-sape yang baru follow. Tengok lah cerita pasal kek ni dulu...ni link kek tu CERITERA KEK..

OK..macam ni ceritanya. Masa tu actually aku beli kek tu dua. Macam sedia maklum yang korang taw. Dan hadiah pun sebenanrnya aku ada beli dua. Satu aku dah bagi kat empunya birthday. Dan lagi satu tu sampai skang aku simpan. Hahahaha... Rasa sedih pun ada. .. Kenapa aku simpan hadiah ni lama-lama? Dah nak berkulat dah tengok. huhuhu..  Sebelum aku teruskan.. Apa kata korang tengok dulu Encik Hadiah yang aku maksudkan...hehehehe...

hah?macamane??ok tak En Hadiah ni?? Kesian dia duduk lama-lama dalam bilik aku ni. hahahaha.. Kepada pihak-pihak berkenaan. Tolong lah terima hadiah ni. Maaf lah sebab aku tak pernah ada kesempatan nak bagi kat kau. Sebab tu aku rasa macam nyesal sikit. hehehe..Sory ok for everything mistake i have done to u..
=D

Thank all for read my blog.

My Blog Is My Diary

2.30pm
12 Dec 2011

Please Comment after reading

DEMAM DAN LAGU

Firstly, thank you kepada mereka-mereka yang rajin-rajin kan diri membaca blog aku. Thank you all.
ok.here my story. Aku demam start dari semalam lepas balik dari kelas. Macam biasa aku terus tidur. Then, pukul 12 baru aku bangun  dari katil ku yang empuk tuh. Macam biasa, bangun-bangun je. Pertama sekali, mesti bukak muka buku. Tibe-tibe ada someone ni nak aku call dia. Dia ugut aku. Sedih siot. Aku top up dah takada and hujan plak masa tuh. Nak or tak nak. Aku pinjam motor kawan aku gi cari top up and belikan makanan untuk sis aku.
Then, lepas bangun pagi ni rasa muka selekeh sangat-sangat.Cuba tengok sikit muka orang demam.. ececececehhh!!!

i hate fever!

      Tapi pagi ni aku rasa macam
sihat sebab aku tidur sambil dengar lagu ni. hahaha. Maybe pada korang biasa-biasa je. Tapi ada makna sangat lagu ni pada aku. Sebelum tu, kita tengok. Lagu apakah yang berjaya ubat aku ni. Jangan gelak ok. Waittt.......







huhuhu..ni lah lagu yang aku maksudkan ya sudahlah!. Actually lagu ni dah lama kot aku cari tajuknya. Masa tu aku lepak umah member aku. Dekat-dekat umah dia ada cc. Then aku gi CC situ, budak-budak kat sana bukak lagu ni. Tapi aku try gak cari lagu apa. Sampai lah someone create video and guna lagu ni. Skang baru aku taw lagu apa. huhuhu. Thank ya kepada mereka yang berkenaan.


That all my story today,
wish me supaya bertambah sihat,

BLOGku,
DIARIku,

9.50am
12 dec 2011

Please Comment after reading

SEBUAH PENGENALAN PART 2

sambungan dari SEBUAH PENGENALAN PART1..


Oi!!!!bangun lah Ariel. Kau tak nak balik ke hari ini?? tanya Emy kepada Ariel yang masih nyenyak di pangkuan tilamnya. "Arghhhhh, kau ni!!! kacau lah!! Pagi-pagi buta ni nak balik kemana? Aku tiket pun tak ada lagi. Nak cerita balik pulak dengan aku" jawab Ariel dalam keadaan yang agak marah. "Kalau ya pun, kau bangun lah dulu. Berkemas sikit-sikit sebelum balik Johor tu nanti. Ni tiket bas kau. Sebab sayang lah aku belikan untuk budak kepala batu macam kau.Hahahaha!! Tapi, jangan lupa eh.. Tips mesti ada. Masuk tandas kena 20sen beb" perli Emy kepada Ariel. Selepas sahaja Ariel dengar kata-kata Emy itu tadi. Dia terus bingkas bangun macam CACING KEPANASAN untuk berkemas. "oi Emy! Bas kul berapa huh? Sempat ke ni nak berkemas?
"erm..sempat je...Bus malam nanti lah...sekurang-kurangnya,bangun lah awal. Boleh kemas-kemas mana yang patut. Jangan asyik kerja nak tidur je memanjang. Dah tua bangka pun pemalas" jawab Emy yang agak marah terhadap Ariel. "Eh,kau ni. Mcam mak aku pulak sekali imbas. Dah lah, kau pergi lah sarapan. Kau kan tak boleh lapar. Nanti gastrik, Dah menyusahkan aku pulak nak hantar pergi klinik."

          Sementara Emy pergi bersarapan. Peluang ini telah digunakan oleh  Ariel untuk BERMUKA BUKU. "huh, mana pulak si Ayu ni pergi. Takkan pagi-pagi tak bangun lagi. Ni mesti anak dara pemalas. Tak boleh jadi ni. Kena reject ni awal-awal. Bancrupt lah nanti aku jawabnya. Asyik nak makan kedai je. Masak pun mesti malas. hahahahaa.!!!! sambil mencapai tuala di tepi katil. Ariel pun berlalu pergi untuk mandi. Seketika Ariel pergi mandi. Tidak lama kemudian, apa yang dinanti-nantikan olehnya muncul tidak lama selepas itu. Ayu yang baru shaja selesai membuat sarapn untuk adik-adiknya membuka muka buku dengan harapan ingin meminta maaf kepada Ariel jika kata-katanya lewat malam tadi ada menyakitkan hati Ariel. Sedang membelek komen rakan-rakan di muka buku, Tiba-tiba Ayu tersentak selepas melihat status Ariel yang baru.
 Dalam status tersebut Ariel mengatakan bahawa dia tidak akan pernah maafkan perempuan yang pernah menyakiti hatinya. Selepas sahaja membaca status tersebut, Ayu segera OFFLINE kerana takut jika Ariel akan memarahinya kerana perkara malam tadi. Hal ini benar-benar meletakkan diri Ayu dalam keaddaan yang serba salah kerana dia sudah mula tertarik terhadap diri Ariel yang sememangnya seorang yang sombong. Areil yang baru sahaja selesai mandi segera mengenakan seluar pendek dan baju basahan untuk membersihkan bilik sebelum pulang ke JOhor bersama-sama roomatenya yang merupakan satu negeri dengannya. "Erm... minah ni memang betul-betul kuat tidur,, Ada jugak perempuan macam ni zaman skang ni. Pemalas sangat-sangat. Daripada aku tunggu dia. Baik aku pergi kemas bilik. Lagi bagus" kata Ariel yang agak kecewa selepas melihat Ayu masih lagi OFFLINE.

**********************************************************************************

"Mi, tiket ko jangan lupa bawak plak. Kang dua-dua putih mata tak dapat balik Johor. Baru kau rasa beraya kat UUM ni sangat meriah. hahahahaa" gurau Ariel terhadap roomatenya yang sememangnya akan menyakitkan hati sesiapa sahaja yang berkawan dengan Ariel. Bagi Emy, ini merupakan rutin harian yang terpaksa dia tempuh setiap kali berborak dengan Ariel iaitu cara-cara untuk mnyabarkan diri. "tiket ni, nanti aku nak buat-buat ilang satu. Biar aku je balik Johor. Nyesal belikan untuk kau lah." keluh Emy yang geram melihat geligat Ariel yang sentiasa mempunyai watak yang ceria. "Emy, kau duduk pontian kan? aku ingat, nanti aku nak lepas lah rumah kau dua tiga hari. Saja nak jalan-jalan Pontian. Macam seronok je aku dengar." tanya Areil sambil memuji-muji kampung halaman Emy. "Eh. kau ni lain macam je. Baik-baik ni ada makna k e? Aku tak ada adik perempuan lah. Kau ni ada apa sebenarnya??hahhaa..Takkan jatuh cinta kat orang Pontian kot..hahahaahah!!!"Emy tertawakan Ariel seperti ada sesuatu yang disembunyikan Ariel kepadanya. "erm..tak apalah, aku saja je nak jalan. Nanti kalau aku jadi datang. Aku bagitau kau lah. Jangan lupa bawak aku jalan-jalan kat sana.".

           Seperti biasa, ramai pelajar yang akan balik ketika cuti semester. Namun ini merupakan kali pertama Ariel dan Emy pulang ke kampung bersama-sama. "ish,,,mana bas kita ni Emy, kau biar betul. Dari pukul 9pm tadi smpai skang pkul 10.30pm. Tak nampak-nampak,budak-budak lain punya bas dah sampai dah dari tadi. Kita punya apa cerita?? "kau ni jadi orang tu boleh bersabar tak? kang aku koyakkan tiket ni baru kau tau. Aku tengah cuba lah ni telefon driver bas tu. Dia cakap dah nak sampai. So, sabar je lah ok."
Belum sempat lagi Ariel menyambung kata-kata dia. Tiba-tiba bas mereka pun samapi dalam keadaan yang daif. "Emy,kalau aku tau bus ni yang ko pilih. Awal-awal lagi aku tarik diri. Bas pun dah rupa macam bas kilang. Agak-agak boleh sampai ke Johor? Jangan buat pasal. Aku belum lagi ada rekod bas rosak ni" keluh Areil yang risau akan keadaan bas yang agak uzur." Kau rilek je ok Ariel.  Bas ni ok punya. Aku dah naik banyak kali. Tak ada masalah pun. Sabar taw roomate." pujuk Emy kat Ariel yang agak merajuk dengan kondisi bas.

**********************************************************************************

          "oi Ariel, bangun-bangun.. Kenapa lah mak kau malang dapat anak macam kau. Aku nak turun bas ni. Dah sampai Pontian. Salam dulu lah. Nanti kalau nak mai sini. Hang roger-roger lah ok."pesan Emy terhadap Ariel yang separuh sedar ketika itu. Selepas sahaja sampai di Terminal Bas Larkin. Ariel segera mencari bus ke Kota Tingi pada ketika itu. Huh, keadaan di situ sungguh sesak. Maklumlah, cuti Deepavali pada keesokan harinya. Maka ramai pelajar-pelajar dari seluruh negara mengambil kesempatan ini untuk bercuti dan pulang kekampung halaman masing-masing. Setiba sahaja Ariel di Kota Tinggi. Keadaan menjadi bertambah parah kerana tiada satu bas  pun yang ada ketika itu kerana semuanya mengambil cuti sempena Deepavali. Wah, padahal semua drivernya adalah melayu. Itu juga menjadi satu tanda tanya. Maklumlah, kita kan duduk di negara Melaysia. Maka kena lah hidup dengan cara 1Malaysia.huhuhu...
Hendak ataupun taknak. Areil terpaksa menaiki teksi yang semamngnya mengenakan kadar charge yang agak mahal pada masa itu. Mereka sengaja mngambil kesempatan sepanjang tempoh bas-bas tersebut bercuti. 

         Assalamualaikum Mak!!!! Ariel dah sampai rumah ni."teriak Ariel kepada orang-orang didalam rumahnya. "W`salam!!! Ariel!!! Jadi jugak kau balik! Kata haritu tak nak balik sebab ada urusan. Ni balik kenapa pulak?? Pertanyaan Mak Ariel kepada dirinya menyentak diri Areil. 'erm...Ariel..Ariel..Ariel balik sebab kan minggu depan Raya Haji. Tak seronok lah kalau tak dapat beraya dengan keluarga. Hehehehe" jawab Ariel secara sponta. Ariel berharap tujuan sebenar dia pulang ke Johor tidak diketahui oleh sesiapa pu pada ketika itu. Dia harap dia akan dapat menemui orang yang selama ini dia kasihi.....

APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA??

see you all next entry..
penat nak tulis panjang..
tak ada orang baca pun..
=)


11 december 2011
3.10am

Please Comment after reading

Morning Glory

Huhuhu..
Sebelum aku tulis apa-apa kat entry ni.. Cuba korang teka.. Morning Glory ni binatang apa??hahahah..okey.. Biar aku cuba jelaskan.. Morning Glory ni satu program anjuran DPP Sime Darby kebanggaanku berkaitan tentang gaya hidup yang sihat. Oleh sebab tu, pada pagi semalam (jumaat) telah diadakan satu aktiviti SENAMROBIK (kakaka...pandai ke??)...Memang seronok lah kami orang..
Kitorang punya leader pun satu kepala.. Ada lagu Cina, India, Melayu and Thailand.. huhuhu... Pandai diorang pilih lagu.. Thank you kepada mereka semua yang terlibat.. Walaupun ada yang sibuk dan tak tidur malam tu.. Tapi korang join gak.. Geng-geng Sime Darby memang sporting le wei..
Ni gambar budak yang ceria selepas penat lelah bersenam....

mcm x cukup 1 tgn je nk muntah kedarah,,
huhuh

Ni plak wajah-wajah AJK program...





Ok lah..Aku harap,dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini.. Dapat mengeratkan lagi hubungan sesama student..
erm...Pepepun..kesian Budak2 semester satu sebab tak dapat join kerana ada aktiviti lain..

SEE U ALL at NEXT ENTRY..

BLOGku,
DIARIku,

9.30am
10 DEC 2011

Please Comment after reading

DUNIA CYBER GAMES

Cyber game..merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi para-para kaki permainan video dalam negara kita. Perkara ini bukan hanya dapat dilihat dikalangan pelajar sekolah, namun hakikatnya, ramai mahasiswa yang meminati dunia cyber games ini.(Ayat karangan,harap maklum..huhuhu)...

Aku pun antara orang-orang yang meminati games ni..OK..jom tengok antara game-game kegemaran aku...
RANKING PERTAMA adalah....CONQUER ONLINE!!


CONQUER ONLINE 2.0
ni merupakan games secara online yang berlatarbelakangkan klasik. Pelbagai epik yang kita dapat tengok dalam games ni ok. Antara banyak-banyak games lasak. Aku rasa, ni satu-satunya yang ramai penyertaan wanita. Kita dapat rasakan life kita wujud masa zaman dulu. Terdapat pelbagai character yang kita boleh pilih dalam game ni antaranya TROJAN, WARRIOR, NINJA, ARCHER, MONK, FIRE TAOIST dan WATER TAOIST. So.kepada kaki-kaki games sekalian. Boleh lah mencuba games ni. Sangat fantasi. Boleh try search kat www.conqueronline.com ,.....


RANKING KEDUA ADALAH...tidak asing dan tidak bukan DOTA!!

DEFENCE OF THE ANCIENT
Berikut adalah Dota..Sape yang tak mengenali dota. Maka tak cinta kata orang. Apa yang dimaksudkan Dota adalah Defence Of The Ancient. Bukan Dunia Orang Tanpa Awek ok. Tapi kebanyakkan kai-kaki Dota adalah single and available.huhuhu.. Games ni sangat menarik. Ia berkaitan peperangan yang melibatkan 5VS5.. Harap-harap korang tak terjebak dengan dunia Dota.


RANKING KETIGA ADALAH...HALF-LIFE.
actually, game ni baru je nak mula. Malam ni akan diadakan perlawanan yang agak klasik bagi kolej SIMEDARBY diantara blok D dan blok C. Sama-sama kita saksikan. Siapa bakal bergelar The KIng Of Half-Life.


Tiada Teman, Siapa Rapat, Bersepai.

Please Comment after reading

CERITERA KEK

Ok kawan-kawan. Arini aku nak story siki pasal kek. Arini ada birthday kawan aku kat dalam kolej ni. So, aku pun cuba untuk bagi dia something sebab dia ada pernah tolong aku aritu. Fikir punya fikir, aku mati kutu. Tak tau nak beli kan dia apa. So, alang-alang ni merupakan BIRTHDAY dia. Baik aku beli kek.


Tapi masalh aku adalah, aku beli kek ni dua. Untuk sapa lagi satu??
hahahha..that are the secret...!!
by the way...serius...kek ni memang sedap lah...!!rasa macam tak cukup je kalau makan. erm.... sesiapa yang berminat kat kek ni..boleh lah dapatkan di CMART... nama kek ni chocolate vanilla bar...huhuhu...
see yah all for the next entry...


BLOGku,
DIARIku.
8 DEC 11
12.30am



Please Comment after reading