Sedangku membaca wajahmu Senyumanmu menggambarkan sesuatu Jika kau fahami isi hatiku Ku tak ingin waktu henti tanpamu Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Andai kau dapat memahami Bahawa ku menangung semua ini Bukan niatku ingin kau pergi kerna ku masih terhenti di sini Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Read more: http://lirik-lagu.info/asfan/lirik-terhenti-di-sini-asfan/#ixzz1jR2Bpz2F

My Geng

Ramai Selebriti AS Menangis Lihat Video Romantik Blogger Malaysia

Siapa yang tak kenal lagi dengan nama Timothy Tiah?
ok..meh aku kenalkan.
Dia merupakan salah seoraang kepada perintis nuffnang.
Cara dia melamar teman wanita dia telah menarik minat seluruh dunia.
Malah selebriti di US menyifatkan video beliau patut dicontohi oleh pasangan-pasangan yg sedang bercinta sekarang.
Ape yg seronoknya video ni yek?
Jom kita tgk.







erm...sgt menarik kan..
huhuhu...
sedih pun ada...yg comel nye...ada plak gambar kucing cite puss in boots..
hahaha...
ni aku sediakan sinopsis cite ni.

Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.


Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.


Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.



Please Comment after reading

4 pendapat pakar:

Honey Kumicky said...

wa...romantiknya...nak gak mcm 2...

suhotao said...

so sweet!!

Unknown said...

romantik ker??

tak sesuai utk kita yg muslim ni... ;) & tak perlu kita nak ikut @ teladani cara mereka melamar ni..

oshin said...

sweet tp mugkin x sesuai utk diikut pasangan Islam...mgkin kene ubah sikit cara ni..bak kata org nk gentle direct jmpa parent dan melamar ank mereka secara berdepan