Entry kali ni wujud disebabkan ada pihak yang mungkin keliru
rentetan dari kisah FREEMASON
Apa itu zionis?
Apa itu yahudi?
YAHUDI
Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atauJudaism merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif.
Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa lain “masuk” agama Yahudi.
Dari sudut Islam, penganut agama Yahudi ini diiktiraf sebagai ahli kitab dan sembelihannya halal dimakan oleh umat Islam
ZIONIS
Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau promised landyang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Dan hasilnya, tertubuhlah sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama Israel. Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap sebagai rakyatnya.
Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Perbezaaan besar di antara Yahudi dan Zionis ialah; penganut fahaman itu tentunya orang yang beragama Yahudi dan berbangsa Yahudi, tetapi bukannya semua penganut dan bangsa Yahudi ini adalah berfahaman Zionis.
Jadi, sebelum mana-mana di antara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi, Israel, Zionisme dan keyahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan terminology-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli.
Mungkin kemarahan kita sepatutnya ditujukan kepada bangsa Yahudi yang menganut fahaman Zionis sahaja, di atas kekejaman dan penyeksaan yang mereka masih hamburkan kepada masyarakat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan tentunya ingatan kita tetap kepada masyarakat Palestin yang masih tertindas setelah lebih 50 tahun berjuang. Mengenangkan ini, saya sungguh bersyukur dilahirkan di Malaysia!
Fakta ini dikeluarkan oleh DR HEAZAR ISMAIL berdasarkan berpengalaman berinteraksi dengan beberapa rakan berbangsa Yahudi yang membenci Israel ketika belajar dan bekerja di United Kingdom dahulu.
p.S: SEKARANG DAH TAHU KAN?
BAGUS.
SUKA SEBAB DAPAT BERKONGSI ILMU.
p.S: SEKARANG DAH TAHU KAN?
BAGUS.
SUKA SEBAB DAPAT BERKONGSI ILMU.
0 pendapat pakar: