Sedangku membaca wajahmu Senyumanmu menggambarkan sesuatu Jika kau fahami isi hatiku Ku tak ingin waktu henti tanpamu Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Andai kau dapat memahami Bahawa ku menangung semua ini Bukan niatku ingin kau pergi kerna ku masih terhenti di sini Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Dirimu menyalahkan sebuah erti Tapi diriku masih terhenti di sini Dan jalanku masih belum dapat ku pasti Namun diriku masih terhenti di sini Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Tiada daya untuk ku lakukannya Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta Read more: http://lirik-lagu.info/asfan/lirik-terhenti-di-sini-asfan/#ixzz1jR2Bpz2F

My Geng

SINOPSIS KL GANGSTER 2






Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

 Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
 Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
 Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek.
Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?



Please Comment after reading

3 pendapat pakar:

Anonymous said...

nice sharing bro...x sabar nk tgu filem ni keluar..haha

AkuBudakKampung.com said...

aku pun xsabar,
hahhaa..
xpe2...rilek2..

Honey Kumicky said...

emmmm..

cam x best jer..