**********************************************************************************
"Oi!jom main bola. Takkan nak duduk bilik je cuti-cuti macamni" kata Emy yang geram tengok Ariel mengadap muka buku. "Kau gerak lah dulu. Esok lusa aku samapi lah ok" perli Ariel kepada roomatenya yang merupakan sememangnya atlet di kolejnya. "Hah!duk lah bilik tu ngadap budak-budak perempuan dalam muka buku. Lama-lama, dengan labtop sekali meletup sebab jemu tengok muka kau" jawab Emy yang geram kerana Ariel tidak mahu mengikutinya. Sementara Ariel sibuk membaca komen-komen rakan di muka buku. Tiba-tiba Ariel terpandang satu nama di Chat listnya. "Norhidayu? siapa ni ek? aku rasa minah ni lah dulu aku tegur masa baru-baru add. Dia buat tak tahu je masa tu. Arghhh... Pedulu apa, remove je lah orang yang macam ni. Dia fikir kita ni nak mengurat dia agaknya. Eh..janga dulu. Perempuan nak kena ajar dulu."
Ariel pun memberanikan dirinya untuk menegur wanita tersebut.
Ariel-Hye awak. Saya nak bertanya sesuatu boleh?
Ayu-Hye. Awak nak tanya apa?
Ariel-Saya nak tanya. Agak-agak awak. Saya tegur awak ni sebab nak mengurat awak ke?
Ayu-Eh!tak ada lah. Mana ada. Saya tak ada niat macam tu pun.
Ariel-Abis tu. Kenapa awak sombong sangat?
Ayu-Sombong?Hello. Saya tak kenal pun awak. Awak nak cakap saya mcam tu? Buat pengetahuan awak. Saya tak pernah sombong dengan awak walaupun sekali. Kalau tak percaya. Terpulang pada awak. Saya malas nak layan orang yang kuat menuduh macam awak ni. Bye!...
Tanpa sempat Ariel berkata-kata, wanita itu terus offline dari chat list Ariel. Ariel amat terperanjat dengan tindakkan Ayu yang sama keras kepala sepertinya. "Aku ingatkan, aku orang paling keras kepala. Ada lagi rupanya yang lebih keras kepala. Dah lah macam tu. Macam singa pulak tu perangai dia. Pelik aku tengok dia. Kenapa tiba-tiba nak marah aku. Lepas tu siap cakap yang dia tak pernah sombong dengan aku. Ada jugak perempuan macam ni wujud kat dunia ni" kata Ariel yang mengeluh mengenai sikap wanita itu tadi. Ariel segera mecapai tisu yang ada di mejanya untuk mengelap peluhnya didahi. Ariel dengan tidak sengaja menekan butang old story message antara mereka berdua. Nampaknya, kata-kata Ayu sebentar tadi adalah benar. Dia tidak pernah sombong terhadap Ariel sebelum ini. Cuma Ariel tidak menegur Ayu selepas beberapa bulan kerana sibuk akan tuagasan yang diberikan oleh pensyarah kepadanya.
**********************************************************************************
Selepas sahaja makan malam bersama kawan-kawan, Ariel segera bertanya kepada roomatenya. "oi Emy, minggu depan dah raya Haji. Tak lama lagi nak raya kau Deepavali. Kau tak balik ke negeri kesayangan kau tu?" . Emy hanya tersenyum sambil menjawab " esok jugak aku balik. Saja tak nak bagitau kau. Nak ajak keluar beli tiket bus pun susah. Hah!ko duduk lah dalam UUM ni puas-puas. Kalau boleh, tolong Pak Guard kat depan tu meronda.". Ariel hanya ketawa mendengar kata-kata Emy itu. "Kau ni,agak-agaklah kalau nak tengok roomate kau ni mati cepat kat UUM ni. Seram aku nak duduk sorang-sorang. Baik aku gi berjalan. Lagi bagus, duit pun tengah banyak. Lagipun raya kan lama lagi. Aku ingat nak buat suprise lah kat mak aku".
"Buat lah apa yang kau nak buat. Asalkan esok aku balik.hahahaha!!! gelak Emy yang berjaya kenakan Ariel.
"Nyesal aku ada roomate seteruk macam ko lah!"gelak Ariel sambil mengeluh. Seperti biasa, selepas sahaja selesai dari makan. Kerja pertama yang akan Ariel buat adalah melihat-lihat muka buku. "Ishhhh!!! Singa Betina ni ada online lah. Agak kalau aku tegur dia layan tak. Huh. Cuba lah tegur. Mana tau dia dah sejuk hati.
Ariel- Hye Ayu. Apa Khabar?
Ayu- Hye, sihat je.
Ariel- Huh, Ingatkan dah tak nak tegur Ariel lagi sebab siang tadi.
Ayu- Berapa kali Ayu nak jawab. Ayu ni bukan orang yang sombong. Ariel je tu hah yang salah faham. Ayu ok lah. Jangan risau ok.
Ariel- Ok, Ariel sedar kesilapan sendiri. Ariel minta maaf dai Ayu.
Ayu- Tak apa, hal kecil je tu Ariel. Lain kali jangan suka menuduh Ayu tau. Tanya dulu kalau ada apa-apa masalah.
Belum sempat Ariel membalas chat Ayu. Rakan-rakanya dah sergah Ariel untuk mengajaknya pergi bermain bowling.
Ariel- erm,.ok lah Ayu. Nak out ni. Lain kali kita borak lagi ok.
Cara Ariel meniggalkan ayu yang sedang asyik berborak dengannya menyebabkn Ayu berasa kecil hati.
"Ariel ni merajuk ke dengan aku.?? Baru cakap sikit dah touching. Ish..peliknya.."
Bersambung.....
3/12/2011
6.50 p.m
2 pendapat pakar:
sambungan ?
on de way. malam ni siap kot.
tapi tak berapa menarik tak berapa ada mood.